Powered By Blogger


Search This Blog

Monday, February 7, 2011

RINTIHAN SEORANG ANAK YANG BERNAMA "AKU"

Walaupun berjuta yang melihat dan mengenali siapa aku pasti tidak akan percaya dengan ungkapan sedemikian yang lahir dari hati naluri dan perasaan seorang lelaki yang bernama AKU. Hakikat yang sebenarnya walau berjuta tanggapan dan perbualan itu…AKU sebenarnya SEPI. SEPI dengan perjalanan hidupku, SEPI dengan ketaklukan diri ini. Entahlah, mungkin kehidupan dan perjalanan hidupku ini penuh dengan kedukaan, kealpaan, kesakitan, tangisan, sesalan, penderitaan, pengkhianatan dan kekecewaan.

Tapi aku redha dengan ketentuan Ilahi, bersyukur di atas dugaan yang diberikan dariNya terhadap hambaNya. Redha di atas caraNya menguji hambaNya yang hina ini. Aku melalui setiap satu liku perjalanan dan halangan dengan cara ku sendiri tanpa memikirkan apa bahana yang bakal berlaku seterusnya. Sakit dan derita mengharungi perjalanan hidup walaupun aku redha dengan ketentuan Ilahi. Meskipun pernah beribu kali aku diselubungi kekesalan dan kedukaan, aku pasti akan cepat mendapat kelegaan selepas aku menitiskan air mata. Air mata yang dapat membuatkan hatiku berasa setenang-tenangnya.

Pernah aku rebah dalam sendirian, menangis dalam keseorangan dan hidup dalam kegelapan tanpa arah dan panduan. Namun aku bingkas bangun berdiri sendiri bertemankan semangat yang ada di dalam hati kecilku. Semangat untukku terus berjaya, semangat untukku terus menuju ke hadapan, semangat untukku melalui cabaran dan halangan hidup yang penuh dengan penipuan, semangat untukku terus memikirkan keazaman yang satu hari aku akan kecapi jua.

Tapi segala kegembiraan menggunung sekalipun sekiranya kukumpul tak akan dapat
mengatasi walau sekecil kekesalan yang pernah aku lalui. Dan walaupun berat
untuk aku melepaskan pergi kenangan dan kekesalan itu, ianya tetap ku simpan
kekal menjadi pengajaran dan kekuatan buat aku menempuh hari yang mendatang.
Dari seorang anak miskin yang dibesarkan tanpa kasih dan sayang seorang yang bernama AYAH dan IBU; aku berdiri dengan gagah dan berjalan dengan megah melalui segala
cabaran dan dugaan yang sememangnya ditakdirkan buat seseorang yang bernama
manusia. Dan sepanjang perjalanan itulah aku membesar dengan melihat dan
mendengar. Dengan penglihatan itulah aku dapat membezakan antara senyuman dan airmata. Dan dengan pendengaran itulah aku dapat membezakan antara bisikan dan rintihan.

Pernah aku melihat betapa gembiranya seorang anak yang mendapat pelukan seorang ibu di kala mereka bersama bersalaman perpisahan. Dan pernah aku mendengar betapa
sukanya seorang anak yang mendapat pemberian seorang ayah di kala mereka bersama berpelukan perpisahan. AKU?? Ya…aku hanya mampu melihat dan mendengar sahaja pada ketika itu..dan di ketika yang lain. Tapi aku REDHA. Dan arwah nenek (semoga dicucuri rahmat) yang pernah mengalirkan airmata keranaku; dialah ayah dan ibu kepadaku. Dialah yang memberi aku seribu satu tekad dan kekuatan serta kasih sayang kepadaku untuk meneruskan perjalanan kehidupanku yang tidak tahu berakhir di mana.

Terima kasih untuk segalanya nek….SELAMAT HARI IBU, NEK

No comments:

Post a Comment